Posts

Showing posts from February, 2021

Kueteow Goreng Mamak Stail with Shitake Mushroom

Image
Kueteow Goreng Mamak Stail with Shitake Mushroom Assalamualaikum semua, Hari ini chef Edy nak share resepi  Kueteow Goreng Mamak Style yang selalu saya masak untuk family dan kawan- kawan.  Resepi ini sesuai untuk disajikan ketika sarapan, minum petang mahupun makan malam.  Cuba jangan cuba!!! Rasa sekali pasti termimpi-mimpi. So ini resepinya, Bahan- bahan  Bahan A Sos tiram vegetarian Kicap pedas Kicap cair Kicap pekat Kicap karamel pekat  Kicap lemak manis Sos tomato  Sos cili Bahan B Bawang besar 1 biji * Bawang kecil 5 ulas* Cili boh 1 paket kecil  Telur 2 biji Kueteow 1 kg Fish ball 2 paket belah dua Fish Cake 3 keping dihiris Mushroom shitake 200g dihiris * dihiris halus Cara-cara 1. Tumis bahan yang dihiris dan cili boh sehingga kekuningan  2. Letakkan kesemua Bahan A ikut sukatan masing-masing. Kacau sehingga sebati. 3. Masukkan fish ball, fish cake dan mushroom shitake ke dalam kuali 4. Kacau sehingga masak.  5. Kemudian, masukkan kueteow ke dalam bahan tumisan. Gaulkan sehin

9 Makanan Yang Perlu Dielakkan Sebelum Tidur

Image
Selamat Malam Semua.. Tengah buat apa tu? Makan lagi ke?  Makan tu makan jugak ye tapi jangan lupa untuk elakkan 9 jenis makanan ini sebelum tidur.  1) Kopi - Menyukarkan untuk tidur 2) Coklat- Menimbulkan rasa lapar 3) Keju- Memberikan gangguan terhadap perut 4) Makanan pedas - pedih ulu hati menyebabkan sukar untuk tidur 5) Kek , aiskrim dan biskut - Menambahkan tenaga menyebabkan hyper/cergas 6) Burger - Menambahkan kalori dan lemak 7) Biji- bijian - menyebabkan perut tidak selesa sepanjang malam 8) Soda - Mengakibatkan sakit jantung dan diabetes 9) Kentang goreng - meningkatkan kolestrol dan meyebabkan kegemukan   Sumber : internet Gambar sumber google

Shawarma vs Taco Al Pastor

Image
Siapa di sini peminat shawarma atau taco? Rupanya yang hampir sama tetapi tidak serupa kadangkala buat sesetengah keliru. Tahukah anda, Shawarma berasal dari Timur Tengah yang terdiri daripada daging yang dipotong halus disusun secara menegak dan dipanggang secara menegak dengan perlahan di atas pemanggang khas. Daging yang selalu digunakan adalah terdiri daripada daging kambing, ayam, ayam belanda ataupun daging lembu. Daging yang dipanggang akan dihiris nipis-nipis dan dijadikan isi untuk di makan dengan roti pita atau roti arab. Shawarma merupakan makanan popular di Mesir, Semenanjung Arab dan juga di serata negara Timur Tengah. Taco pula makanan yang berasal dari Mexico dan merupakan makanan tradisional masyarakat di sana. Taco dipercayai diperkenalkan oleh para pedagang/pendatang dari Timur Tengah yang berhijrah ke Mexico pada akhir abad ke 19. Penghijrahan besar-besaran dipercayai berlaku pada awal abad ke 20, ketika kejatuhan kerajaan Uthmaniyah. Seperti yang sedia maklum, s

Sambal Tumis Belut Berlada

Image
Assalamualaikum semua,  Hari ni kita share resepi masakan eksotik untuk korang try ok!! let's check it out.. Sambal Tumis Belut Berlada Bahan A Bawang Besar 2 biji Bawang Putih 6 ulas Belacan size ibu jari cili kering sederhana pedas segenggam (potong2 rendam air panas terlebih dahulu) Bahan B Air asam jawa Gula Garam Perasa Lada Hitam yang ditumbuk satu sudu Belut 1 kg Serbuk kunyit Cara- Cara: 1.  Gaulkan belut dengan garam dan serbuk kunyit kemudian gorengkan. Selesai goreng, asingkan terlebih dahulu 2. Blend kan bahan A semua sehingga hancur  3. Tumiskan bahan A yang telah diblendkan tadi sehingga betul-betul pecah minyak. 4. Selepas pecah minyak, masukkan air asam jawa ke dalam bahan tumisan tadi 5..  Kemudian masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa. 6. Letakkan sesudu lada hitam yang telah ditumbuk ke dalam bahan tumisan. Kacau sekata sehingga pecah minyak sekali lagi 7. Setelah itu, masukkan belut yang telah digorengkan terlebih dahulu tadi ke dalam sambal tumis tadi.

Masak Lemak Udang Galah Cili Padi

Image
Assalamualaikum,  Hari ni sis nak share dengan semua resepi masak lemak udang galah cili padi yang pasti sedap dan menyelerakan untuk anda cuba!!!! Masak Lemak Udang Galah Cili Padi Bahan A 20 biji cili kampung (bergantung pada tahap kepedasan masing-masing- tak tahan pedas sila kurangkan). sebiji bawang besar kunyit hidup sebesar ibu jari Bahan B asam keping 2 keping garam secukup rasa sedikit air serbuk perasa secukup rasa santan kotak 1 udang galah 500 gram Cara- cara: 1. Blendkan bahan A  2. Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam kuali. 3. Letakkan santan dan kacau sebati 4.  Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa 5. Masukkan asam keping 6. Kemudian, masukkan udang galah. Kacau sehingga masak. 7. Jika kuah masih pekat, masukkan sedikit air. Siap!!! Tips: jangan tambahkan air awal waktu masak nanti kuah cair. Tambah air jika pekat di akhir masakan. 1.Bahan-bahan 2. Masukkan bahan yang diblend 3. Masukkan santan dan kacau hingga sebati   4. Perasa secukup rasa 5.Garam secuk