Kueteow Goreng Mamak Stail with Shitake Mushroom

Kueteow Goreng Mamak Stail with Shitake Mushroom




Assalamualaikum semua,

Hari ini chef Edy nak share resepi  Kueteow Goreng Mamak Style yang selalu saya masak untuk family dan kawan- kawan.  Resepi ini sesuai untuk disajikan ketika sarapan, minum petang mahupun makan malam. 

Cuba jangan cuba!!! Rasa sekali pasti termimpi-mimpi.

So ini resepinya,


Bahan- bahan 


Bahan A

Sos tiram vegetarian

Kicap pedas

Kicap cair

Kicap pekat

Kicap karamel pekat 

Kicap lemak manis

Sos tomato 

Sos cili


Bahan B

Bawang besar 1 biji *

Bawang kecil 5 ulas*

Cili boh 1 paket kecil 

Telur 2 biji

Kueteow 1 kg

Fish ball 2 paket belah dua

Fish Cake 3 keping dihiris

Mushroom shitake 200g dihiris

* dihiris halus


Cara-cara

1. Tumis bahan yang dihiris dan cili boh sehingga kekuningan 

2. Letakkan kesemua Bahan A ikut sukatan masing-masing. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan fish ball, fish cake dan mushroom shitake ke dalam kuali

4. Kacau sehingga masak. 

5. Kemudian, masukkan kueteow ke dalam bahan tumisan. Gaulkan sehingga sebati

6. Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau lagi. Garam, gula tak payah letak ye puan-puan sebab kicap tu ganti garam

7. Kalau nak tambah sayur silakan.

8. Siap!! Senang je.


Selamat mencuba!!!!!!!






Antara bahan-bahan ๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†


Kesemua sos dimasukkan selepas bawang merah dan putih ditumis


Masukkan fish ball, fish cake dan mushroom shitake


Kacau sehingga sebati


Masukkan kueteow 


Kacau sehingga sebati


Pecahkan telur ke dalam dan kacau lagi


Siap.. sedia untuk di makan






Nyam nyam!!!!!



Comments

Popular posts from this blog

9 Makanan Yang Perlu Dielakkan Sebelum Tidur

Masak Lemak Udang Galah Cili Padi

Sambal Tumis Belut Berlada