Masak Lemak Udang Galah Cili Padi

Assalamualaikum, 

Hari ni sis nak share dengan semua resepi masak lemak udang galah cili padi yang pasti sedap dan menyelerakan untuk anda cuba!!!!


Masak Lemak Udang Galah Cili Padi



Bahan A

20 biji cili kampung (bergantung pada tahap kepedasan masing-masing- tak tahan pedas sila kurangkan).

sebiji bawang besar

kunyit hidup sebesar ibu jari


Bahan B

asam keping 2 keping

garam secukup rasa

sedikit air

serbuk perasa secukup rasa

santan kotak 1

udang galah 500 gram


Cara- cara:

1. Blendkan bahan A 

2. Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam kuali.

3. Letakkan santan dan kacau sebati

4.  Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa

5. Masukkan asam keping

6. Kemudian, masukkan udang galah. Kacau sehingga masak.

7. Jika kuah masih pekat, masukkan sedikit air. Siap!!!


Tips: jangan tambahkan air awal waktu masak nanti kuah cair. Tambah air jika pekat di akhir masakan.


1.Bahan-bahan

2. Masukkan bahan yang diblend

3. Masukkan santan dan kacau hingga sebati
 
4. Perasa secukup rasa

5.Garam secukup rasa

6. Masukkan asam keping

7. Masukkan udang galah

8.Kacau sehingga udang masak. Tambah air jika masih pekat


Siap!!!







#sukamasaksukamakanofficial #udanggalah #masak #sedap #makan #lapar







Comments

Popular posts from this blog

9 Makanan Yang Perlu Dielakkan Sebelum Tidur

Sambal Tumis Belut Berlada