Sambal Tumis Udang Terung Pipit
Hi hari ini husband request untuk masakkan sambal tumis udang terung pipit. so check it out!!!
Sambal Tumis Udang Terung Pipit
Bahan A ********* Terung Pipit Bahan B ********** Bawang Besar 2 biji Bawang Putih 6 ulas Belacan size ibu jari cili kering sederhana pedas segenggam (potong2 rendam air panas terlebih dahulu) Bahan C ********* Air asam jawa Gula Garam Perasa Udang Cara-cara *********** 1. Gorengkan terung pipit seketika kemudian angkat 2. Blend kan bahan A semua sehingga hancur 3. Tumiskan bahan A yang telah diblendkan tadi sehingga betul-betul pecah minyak. 4. Selepas pecah minyak, masukkan air asam jawa ke dalam bahan tumisan tadi 5. Kemudian masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa. 6. Masukkan terung pipit yang telah digoreng tadi ke dalam sambal. Kacau sehingga pecah minyak dan sedikit kering. 7. Akhir sekali baru masukkan udang. Kacau sehingga udang masak dan terus tutup api. *Udang saya masuk akhir sekali sebab dia keluarkan air dan nanti dia jugak akan kecut kalau dimasak lama. Selamat Mencuba!!!! #sukamasaksukamakanofficial #foodie #sambaltumis #sedap #sambaltumisudang #lauk #nasipanas
Comments
Post a Comment