Kari Kepala Ikan
Hello semua....
Hari ni cik Kly terasa nak share video buat Kari Kepala Ikan versi iols lah!!!!
So sesiapa nak try boleh tengok resepi di bawah.
********************
Kari Kepala Ikan
*******************
Bahan A
***********
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Rempah ratus (Bunga Cengkih, Bunga Lawang, Kayu Manis,Halba campur, buah pelaga)
Bahan B
***********
Rempah kari Ikan- (apa2 jenama nak sedap rempah kari ikan faiza)
Asam Jawa
Santan
Kepala Ikan/ isi ikan - dalam video ni iols guna ikan jenahak
Tomato
Bendi
Garam dan perasa
Cara-cara:
***********
1. Bancuhkan serbuk kari ikan dengan sedikit air di dalam mangkuk
2. Tumiskan Bahan A di dalam periuk sampai kekuningan
3. Masukkan bancuhan serbuk kari ikan tadi dan tumis sehingga pecah minyak
4. Lepas pecah minyak, masukkan sedikit air asam jawa (untuk hilangkan hanyir ikan)
5. Masukkan santan dan kacau sebati
6. Kemudian, masukkan tomato dan bendi ke dalam kari diikuti garam dan perasa
7. Akhir sekali masukkan kepala ikan/isi ikan ke dalam kari
8. Masak sehingga pecah minyak
Siap!!! sedap makan bersama nasik panas..
Makan pulak dengan sambal belacan tak pandang orang kiri kanan dah!!!!
Comments
Post a Comment