Ikan Siakap 3 Rasa


Assalamualaikum semua,



Hari ni tekak terasa nak masak masakan yang mudah dan cepat. Tambah dengan keadaan anak-anak yang tengah lasak sekarang ni. Rasa tak menang tangan nak buat semua benda.Jadi bila nak masak pun mesti cari masakan yang mudah dan cepat. Tengok dalam peti ais ada pulak ikan siakap. Apa lagi kan... Jom masak ikan siakap 3 rasa. Anak- anak pun suka.
 

Resepi untuk seekor ikan siakap size sederhana


Bahan A:

1. Sedikit cili kering dipotong-potong dan direndam dengan air panas terlebih dahulu (tahap kepedasan bergantung kepada citarasa masing-masing--- macam saya cili kering saya ambik yang sederhana pedas)
2. Sebiji bawang besar
3. 6 ulas bawang putih
4. Halia sebesar ibu jari


Bahan B

1. Sedikit lobak merah dipotong
2. Serai dihiris
3. Cili padi dipotong 
4. Sos Cili
5. Sos tomato
6. Sos Tiram
7. Sos Ikan
8. Daun limau purut
9.  Gula
10. Perasa
11. Ikan siakap
12. Tepung Beras


Cara-Caranya:

1. Pertama sekali, ikan siakap dikelar dan lumurkan ikan dengan tepung beras terlebih dahulu.
2. Goreng ikan siakap sehingga kekuningan dan garing. Kemudian angkat dan sebelahkan terlebih dahulu.
3. Selepas itu, blendkan kesemua bahan A sehingga hancur dan tumiskan bahan yang telah diblend sehingga pecah minyak.
4. Pecah sahaja minyak, masukkan sos cili, sos tomato serta sos tiram secukupnya.
5. Kacau sehingga sebati
6.Kemudian, masukkan lobak merah, cili padi, serai yang telah dipotong serta daun limau purut ke dalamnya. Kacau lagi.
7. Masukkan sedikit air supaya kuah tidak terlalu pekat
8. Seterusnya masukkan gula, sedikit sos ikan (gantikan garam) serta perasa secukup rasa.
9. Tunggu sehingga pecah minyak, tutup api 
10.Tuangkan kuah tadi ke atas ikan siakap yang telah digoreng terlebih dahulu tadi. Siap!!!!



ikan siakap 3 rasa


1. Bahan yang diperlukan (daun limau purut dan tepung beras tidak kelihatan)


2. Sos tomato, Sos Tiram, Sos Ikan dan Sos Cili

3. Goreng ikan siakap yang telah disalutkan tepung beras terlebih dahulu sehingga garing/ kekuningan

4. Macam ni la hasilnya. Rangup dan garing (kedai tomyam selalu goreng macam ni. Lagipun tepung juga berfungsi untuk hilangkan hanyir ikan)


5. Tumiskan bahan A yang telah diblend sehingga pecah minyak


6.  Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram 


7. Masukkan daun lima purut, lobak merah, cili padi dan serai yang telah dipotong


8. Masukkan sedikit air supaya kuah tidak terlalu pekat



9. Masukkan gula, sos ikan (gantikan garam) dan perasa

Siap!!! Anak-anak mmg cukup suka. Masam manis semua cukup. Siap bertambah nasi 



p/s Menu hari ini Ikan Siakap 3 Rasa dengan telur dadar je. hehehe..


So kepada sesiapa yang baru nak try tu boleh la mencuba ye!!!! 













Comments

Popular posts from this blog

9 Makanan Yang Perlu Dielakkan Sebelum Tidur

Masak Lemak Udang Galah Cili Padi

Sambal Tumis Belut Berlada